Ahad, 27 November 2011

mukadimah perkhawinan

Sesungguhnya bahagiannya rumah tangga, lahirnya anak yang baik dan cerdik , serta kekalnya kehidupan rumahtangga adalah terletak kepada pemilihan suami isteri yang baik. Pemilihan itumestilah dilakukan dengan penuh rasa sedar,tidak dipengaruhi oleh perasaan yang bergolak atau keinginan untuk memperolehi maslahat tertentu yang bersifat sementara.Pemilihan itu mestilah berasaskan dasar yang kukuh dan akan bertambah kukuh dari masa ke semasa.

Akad nikah memberikan kesan yang besar , kekal untuk satu tempoh yang panjang serta dipenuhi dengan tanggungjawab oleh kedua dua calon suami isteri mestilah mengambil langkah langkah yang perlu sebelum akad dijalankan.

Ini supaya setelah akad dijalankan , kedua duanya akad melangkah dengan yakin bahawa sifat sifat dan kelengkapan yang ada akan membolehkannya mencapai matlamat perkhawinan dan dia yakin dengan masa depan perkhawinannya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan