Isnin, 28 November 2011

mukaddimah ilmu usul fiqh....

PENDAHULUAN....

Semua ilmu agama mempunyai hubung kait,sama ada secara langsung atau tidak langsung. Oleh itu setiap individu hendaklah mendalami dan mempelajari ilmu tersebut untuk menjadi manusia yang berilmu dan beramal. Ilmu usul fiqh juga merupakan  cabang kepada  ilmu agamayang mana mempunyai hubungan erat dengan ilmu fekah dan undang undang . Ilmu fekah ialah suatu ilmu tentang hukum hukum syariat praktikal yang memperolehi daripada dalil dalil yang tafsili,manakala undang undang ialah suatu kaedah yang digunakan dalam menetapkan hukum, kemudiannya diperundangkan melalui badan perundangan yang tertentu.

Undang undang islam juga merupakan ketentuan syariat yang telah ditetapkan untuk dilaksanakan yang menjadi tanggungjawab pemerintah melaksanakannya serta menjadi tanggungjawab rakyat mematuhinya.Dalam perundangan islam , segala undang undang yang diperolehi adalah istinbat dan kesimpulan daripada pemahaman yang dibuat dengan berpandukan al-quran,hadis dan ijtihad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan